Pengerusi Lembaga Pelawat Hospital Umum Sarawak (ALPHUS) Tuan George Tang Yuon, Setiausaha Dr. Ishak Johari dan Bendahari Tuan Fabian Tan Han Pheng, membuat kunjungan hormat kepada YB Kelvin Yii, Ahli Parlimen Bandar Kuching. Pertemuan ini diatur oleh AJK Lawatan ALPHUS, Tuan George Lam juga merupakan Pembantu Khas YB Kelvin Yii. Tujuan Kunjungan hormat kali ini membincangkan penyelesaian masalah dan penambahbaikan Hospital Umum Sarawak. Selain itu, Setiausaha juga menyediakan permohonan memohon sumbangan YB berupa peralatan yang diperlukan oleh pihak hospital bernilai RM300,000.00.
Selain memohon sumbangan, ALP Hospital Umum Sarawak telah merangka pelbagai program seperti Seminar Kesedaran, Hari Bertemu Pelanggan dan Hari Terbuka Hospital. Namun, semua program tidak dapat dijalankan sekiranya tiada peruntukan kewangan. Justeru, pihak ALPHUS memohon jasa baik dari Ahli Parlimen dan ADUN untuk menghulurkan sumber kewangan bagi menjayakan program tersebut.
Pihak ALPHUS mengucapkan terima kasih kepada pihak YB Dr. Kelvin Yii yang sudi meluluskan bantuan segera kewangan membeli peralatan hospital yang sangat memerlukan sebanyak RM100,000.00.