Kuching – Program Iftar Ramadan 2024 telah memberi kegembiraan penghuni Anjung Kasih Hospital Umum Sarawak. Program bertujuan meringankan bebanan kos perbelanjaan semasa menginap di Rumah Anjung Kasih. Seramai 53 penghuni terlibat meneri juadah berbuka puasa.
Dalam teks ucapan yang disampaikan oleh YB Awla Idris, ADUN Simunjan Idris menyatakan bahawa program ini tidak hanya sekadar tradisi, tetapi juga merupakan satu inisiatif untuk memastikan semua golongan mendapat peluang untuk berbuka bersama-sama. Selain bertujuan untuk memastikan keluarga pesakit dapat melaksanakan ibadah puasa dengan sempurna serta meringankan tekanan kewangan, kerisauan, kebimbangan, serta emosi yang kurang stabil.
Turut hadir dalam program tersebut George Tang Yuon, Pengerusi Ahli Lembaga Pelawat (ALP), Dr. Ishak Johari, Setiausaha Ahli Lembaga Pelawat (ALP) dan Nurhidayah Seetha Abdullah, Pengarah Program, serta Mohamed Shareef Mohd Hafiz Mani, Penolong Pengarah Pembangunan, bersama dengan semua jemputan dari Pengurusan Hospital Umum Sarawak dan Ahli Lembaga Pelawat (ALP) Hospital Umum Sarawak yang turut hadir.
Majlis Iftar Ramadan ini turut dijadikan sebagai platform untuk memupuk semangat bantu-membantu kepada golongan kurang berkemampuan dan diharapkan dapat mewujudkan generasi yang tekun melaksanakan rukun Islam ketiga. Melalui sumbangan dari para dermawan mulai 12 Mac 2024 hingga 10 April 2024 bagi menjayakan berbuka puasa di Anjung Kasih, Hospital Umum Sarawak.
YB Awla Idris juga mengungkapkan harapannya agar program ini menjadi titik permulaan untuk lebih banyak lagi inisiatif bermanfaat kepada masyarakat setempat. Beliau menyampaikan terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu dalam menjayakan program ini, dan berdoa agar Allah SWT membalas segala kebaikan yang telah dilakukan serta memberkati usaha bersama.
Program Iftar Ramadan 2024 di Anjung Kasih Hospital Umum Sarawak tidak hanya merupakan satu acara berbuka puasa, tetapi juga sebuah wadah kebaikan dan kasih sayang kepada sesama. Semoga program-program sebegini terus memberi manfaat kepada mereka yang memerlukan dan membawa berkat kepada komuniti setempat.