Dr. Ishak Johari, Pengarah Program mewakili Ahli Lembaga Pelawat Hospital, Hospital Umum Sarawak, mengucapkan terima kasih kepada Ahli Parlimen Bandar Kuching, Dr. Kelvin Yii yang telah menyumbang dana sepenuhnya untuk menjayakan program Kesedaran & Pendidikan Kesihatan Belia ke Arah Belia Sifat HIV-AIDS di Mini Auditorium CRC Hospital Umum Sarawak. Dalam program tersebut Dr. Kelvin menyampaikan dana sebanyak RM100,000.00 kepada akaun ALPH, Hospital Umum Sarawak untuk membeli paralatan dan keperluan mendesak hospital.