Ahli Lembaga Pelawat Hospital Umum Sarawak (ALPHUS) dengan kerjasama Pertubuhan
Kepimpinan dan Keterbilangan Pelajar Sarawak (PKKPS) dan Persatuan Kebajikan Puncak Borneo
(PENYIRASIK) akan menganjurkan Program Kesedaran Belia: Ke Arah Komuniti
Sifar HIV/AIDS 2030 sempena Hari AIDS Sedunia 2024 di Hospital Umum Sarawak (HUS).

Aktiviti-aktiviti menarik termasuk:

  1. Ceramah
  2. Forum Kesihatan
  3. Sesi Soal Jawab Town Hall
  4. Kaunter Saringan HIV
  5. Pameran HIV/AIDS & STD

Tujuan utama program ini adalah untuk meningkatkan pengetahuan belia di institusi pengajian tinggi awam dan swasta.
Seramai 400 peserta yang berumur antara 18-25 tahun terhadap HIV/AIDS, termasuk cara penularan,
pencegahan dan akses kepada rawatan disamping dapat mengurangkan tingkah laku berisiko,
stigma masyarakat, diskriminasi dan meningkatkan kesedaran sosial.

TARIKH : 05 DISEMBER 2024 (KHAMIS)
MASA : 1.00 tengah hari hingga 6.00 Petang
TEMPAT : Mini Auditorium CRC, Hospital Umum Sarawak.

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *